Pemerintah Singapura

Pemerintah Singapura[nota 1] (bahasa Inggeris: Government of Singapore) ditakrifkan Perlembagaan Republik Singapura sebagai badan eksekutif yang memerintah negara ini terdiri daripada Presiden dan Kabinet Singapura; Presiden berperanan hanyalah kecil walaupun mengikut budi bicara sendiri memeriksa tindakan pemerintah negara ini. Kabinet Pemerintahlah sebenarnya yang menguruskan pemerintah dengan pimpinan oleh sebuah Perdana Menteri.

Pemerintah dibentuk oleh parti politik yang mencapai majoriti asas pada pilihan raya umum yang diadakan di negara pulau ini sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun sebagai sebahagian sistem politik Singapura dan didukung oleh Perkhidmatan Awam Singapura. Kerajaan ini sering kali ditarafkan oleh Transparency International sebagai salah sebuah kerajaan yang paling telus secara politik dan yang paling kurang rasuah di dunia,[1] tetapi juga pernah dikritik kerana intimidasi terhadap pengundi [2] dan pencabulan kebebasan bersuara dimiliki rakyat Singapura.[3]

Badan ini dipilih melalui pilihan raya sejak tahun 1959, apabila Singapura mencapai pentadbiran sendiri. Sebelum itu, pemerintah terutamanya sama ada berbentuk pentadbiran penjajah sahaja atau campuran pemerintahan penjajah dan dewan yang separa dipilih, seperti Majlis Perundangan. Parti Tindakan Rakyat membentuk majoriti keanggotaan dalam pemerintah secara berterusan dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1959.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-08. Dicapai pada 2019-11-29.
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne